Wednesday, September 16, 2015

Training In Japan : Arrival.

Salam.

Dah lame plan nak tulis segala trip jenjalan dalam masa setahun ni, tapi tak penah sempat. Naik Gunung Kinabalu la, ke Aceh la, Guangzhou la, Krabi la, Hatyai la. Tapi apekan daya, semuanya tinggal deraf sahaje. Tapi kali ni, dengan semangat membara, gagahkan juga nak tulis trip pergi Jepun selama dua minggu. Sebab its worth to be shared, and I dont want to miss the memory. Nak rekod supaya lepas ni kalo konon rindu, bole tgok balik dalam blog ni. Hehe

Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki saya tahun ini. Dapat peluang untuk pegi Jepun, atas tajaan Kerajaan Jepun melalui Japan Patent Office (JPA). Saya dipilih oleh JPO, melalui Malaysia Intellectual Property Office (MyIPO) untuk mewakili Malaysia bagi menghadiri Intellectual Property Rights (IP) Summer Training Course di JPO untuk dua minggu.

Ni application kedua tahun ni, baru dapat. Masa apply first time April lepas, permohonan gagal uols. Masa tu sedih gila rase cam tak layak. MyIPO call katenye JPO silap kira kouta, so nama saya x termasuk. N JPO janji, kalu saya hantar application lepas ni, dorg kompem amek. So applylah kali kedua & OMG, MyIPO called during end July cakap saya dapat. Time tu speechless siot. Asalnye mmg sy rasa sy takkan dapat sebab requirement dia sgt ketat. Sebab dia nak 3 tahun experience dlm IP law, n dia nak umur 27 ke atas sahaja. Saya pulak, belum masuk 26, n keje x sampai setahun.  Nak cakap apa lagi weh, mmg rezeki.

Datang ke Jepun, bukan satu impian sebab kalau dengan duit sendiri, mmg la tak mampu nak jejak Negara tu.

Training ambil masa kurang dari dua minggu, tapi saya dah kena naik flight 2 hari sebelum training habis, n balik 2 hari selepas training habis. Reason? Settle down, registration, masuk hostel, dan sebagainya. So dapat la dua minggu disana. Ni la rezeki yang paling tak diduga sekali. Janji Allah, rezeki yang murah, bagi orang yang selalu solat dhuha, adalah realiti. Alhamdulillah.

So, flight ke Japan, naik Japan Airlines (JAL). Sapa sangka, dapat naik national airlines of Japan because you know why, orang yang biasa-biasa mcm kita ni, biasa naik AA je, sbb murah. Tapi sebab ini tajaan, dapatla rasa naik JAL. Wohoo. Flight malam 25 Ogos, dan perjalanan direct 7 jam. Sampai disana jam 6 am, dan angin sejuk nak mati, menampar muka. Hujan renyai renyai. Walaupun Jepun adalah summer during that time, suhunya rendah antara 19-25 darjah. So, disebabkan saya sgtla bodoh n anggap summer tu mcm kat Malaysia, saya pergi Jepun dengan tak prepare pape pakaian sejuk. Langsong. Walau sebijik sweater. The worse thing is, saya expect elaun baju panas saya dari FRIM lulus, rupanya smpai dua tiga hari kat Jepun pun, masih tak lulus. So cmne nak beli baju sejuk (Alasan! haha). But it turns out, lagi sehari nak balik Malaysia, baru elaun tersebut masuk akaun. Ape nak buat? Kita lenjan la duit tu beli Iphone. Haha.

JAL inflight meal, HALAL, specially requested & prepared utk saya yg Muslim. 

Sampai 6 pagi tu, dah ade orang daripada JPO yang tunggu dekat Narita Airport, dan tunjuk jalan untuk naik Metro sampai ke tempat penginapan. Saya cari surau utk solat subuh. Actually saya dah solat masa atas flight, sbb subuh dorg masok kol 3 pagi, tapi sbb saya rasa cam was-was, solat lagi sekali masa kat Airport.
JAPANNNNNNNNN!!!!!!
Penginapan ditaja oleh HIDA dan saya ditempatkan di Tokyo Kenshu Centre milik HIDA sendiri. HIDA stands for The Overseas Human Resources and Industry Development Association (HIDA Japan)HIDA basically adalah international training centre bagi Jepun, dimana diorang host pelbagai jenis kursus yang dibiayai oleh mana-mana body yang nak buat kursus. 

Contohnya JPO ni dorg nk buat kursus Intellectual Property Law, so JPO akan bayar kat HIDA segala kos utk peserta, dah HIDA akan handle penginapan, makan dan sebagainya. So masa saya dekat HIDA, jumpa la mcm2 org dari seluruh dunia, yang dtg dari segala jenis industri. So Jepun basically ade bajet yg sgt besar, untuk segala jenis industri, n jemput orang dari seluruh dunia untuk belajar Japan punya sistem. Its a good way to promote Japan dalam masa yang sama.

Saya jumpa orang yang dtg untuk kursus HR, Law, Business, Management, dan sebagainya kat HIDA. But I have no idea ape benefit dorg dapat dari semua ni. Dah la cover tiket flight, makan lagi dah la mahal. N elaun harian. N kos transportation, commuting naik Metro hari2 pun dorg bagi duit. Saya total duduk sana dapat elaun almost 19000 yen. Eqivalent to RM700 utk dua minggu. 

Salah sorg trainee kursus lain. Patent Examiner. Dani, dari Filipina. lol.

Atinuch, Advocate & Solicitor of Thailand, cum Legal Officer dari Honda Thailand.
Basically, saya pun konfius sebenarnya siapa yang taja kitorang ni sebenarnya. Sbb byk sgt organisation yang terlibat. Ade HIDA,APIC, JPO, AOTS, JPIII, JAUIP dan sebagainya. Tapi takpe nanti during post lepas2 ni, saya explain ape dorang ni. Tapi sumpah sy ckp, saya tak bole nak relate ape role dorg dalam program tajaan dorg ni.

So this is HIDA, hari saya smpai, hujan n sejuk2 je. Hehe.

Nama tempat ni, Tokyo Kenshu Centre. Dekat Senju Azuma, Adachi-Ku.
Bilik sorang satu & tempat tu sangat la decent. Ada bilik dobi, mesin pembuat ais, tempat kareoke, bilik internet, kafe lobi dan sebagainya. Semuanya free omg. Towel, housekeeping dia tuka hari2 weh! Mmg mantaplah dorg ni punya hospitality. Masa sampai tu, rasa nak nanges je.

Bilik dia sangat la selesa. Katil tebal selimutnya, lemari lagi. Tub mandi, huhu. sebak. sbb terlalu bersyukur.
Kat kepala katil ada build-in alarm uols. Mmg terbangun la sbb bunyi alarm kat kepala. Radio lagi.
View dari bilik saya. Matahari terbit dari hujung nuuu. Pukul 4 am dah terang benderang nak mampus. Bawah tu view bandar Kita-Senju. Terharu lagi :')
Sampai pagi 26 Ogos tu, terus register penginapan dekat HIDA ni, dan I have the rest of the day for my self. Settle down , unpack , mandi, orientasi,  dan sebagainya. N dia terus bagi allowance 19,000.00 yen. Woho. haha. N tak lupa, solat dhuha, untuk tunjuk kesyukuran kepada-NYA. :'). N solat zuhur sekali. Lepas solat, terus lunch dulu sblom jenjalan Tokyo.

Kafetaria, HIDA. 

Setiap kali nak makan, kene swipe Meal-Card ni dekat tempat swipe bawah tu, dapat resit, tunjuk resit dekat kaunter makanan n amik makanan. Sistematik siot.
LUNCHHHHHH. Hahahaha
Ni haa baru lunch. Gila ke nak makan babi.
Makan dia, memang dia prepare yang halal. Ade Sijil Halal dari Japan Islamic Association. Mmg dorg jaga sgt. So that semua org pun bole makan. One thing for sure, Japan lah, negara yang bukan islam, yang paling religious-tolerance. Cumanya, sikit isu saya ragu2, pinggan2 n segala sudu yang saya guna ni mesti/or maybe dah bercampur dengan babi masa org2 sebelum ni guna. Tapi, kene pikir, bila kita dekat negara orang mcm ni, kita kene exercise kita punya personal discretion, when it comes to isu2 fiqh, ibadah camni. Saya Husnuzon. Kalu tak, susah la kita nak survive kan. Sebab saya percaya, Islam tu mudah.

Nanti saya cerita satu insiden, pasal solat, masa dekat disneyland. Insiden paling nak nanges sekali. Nak cakap, kalau kita usaha, Allah akan permudahkan segala urusan kita utk beribadah pada dia. :).

So, selesai makan, saya amik payung, backpack, n terus keluar ke bandar Tokyo. First day sampai, saya beranikan diri utuk explore Tokyo sorang-sorang, which come to my surprise, saya sedar yang saya lebih suka travel seorang diri. Kita ke UENO. (sebutan : uu-wei-noo) Nanti saya sambung post lain. 

Till then. :)

16-9-2015.