Tuesday, May 18, 2010

Jogja Episod terakhir : Terima Kasih teman2 UMY

Bismillah

Universitas Muhammadiyah Jogjakarta.

Malam nie, genap 29 hari saya dan teman2 IIUM berada di bumi Jogjakarta, Indonesia ini. Lusa, 20 mei, kami bakal berangkat pulang ke tanah air. Entry ni mungkin menjadi entry terakhir saya dan menjadi episod terakhir perjalanan saya di tanah asing ini. Telah banyak pengalaman yang telah saya kumpul sepanjang perjalanan saya di Indonesia nie. Pertama kali menjejakkan kaki di tanah asing selain Malaysia benar2 memberi satu pengalaman baru dan pengalaman yang paling berharga dalam hidup saya. mana tahu, lepas ni saya tak berkesempatan lagi mengikuti mana program pertukaran pelajar ke negara asing. kerna nya, pengalaman duduk belajar di tempat orang tak sama dengan pengalaman bercuti atau travel semata2. jikalau kita bercuti ke London bersama keluarga atau sendirian contohnya, mungkin perasaan nya tidak sama dengan apa yang saya rasa disini. lain taw. program selama sebulan nie, buat saya lebih kenal manusia yang budayanya berbeza dari budaya kita. disini, saya hidup dalam kelompok manusia yang menuntut ilmu dan budaya mereka menyebabkan saya sedar, bukan saya, atau bukan kita saja yang hebat tamadunnya dan cara hidupnya. orang lain pun punya budaya dan cara hidup yang lebih unik dari kita.

dan alhamdulillah, kehadiran saya disini, menjalin satu ukhwah baru terhadap teman di UMY ini.saya akui, dan saya minta maaf pada teman2 di UMY kerana sangat banyak salah dan silap yang kani lakukan terhadap kalian. kami sedar perbuatan kami banyak buat kalian terasa hati yang amat sangat. tapi apakan daya, kita cuma manusia yang sentiasa melakukan kesilapan. maafkan kami dan insyaallah, kedatangan kalian di akhir Julai nanti, akan kami sambut dan terima dengan sehebatnya. kami hanya mampu memohon maaf dan andainya, kedatangan kalian julai nanti, membolehkan kami untuk menebus kesilapan yang telah kami lakukan disini.

Terima kasih kalian, atas Muhammadiah yang kalian titipkan kepada kami.Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian disini.

p/s : kenangan ini, kenangan indah buat saya


Episod 23 : Batik + Kenduri

Bismillah

18 Mei 2010 . Universitas Muhammadiyah Jogjakarta. 9.15 pm waktu malaysia

Pagi isnin, ada kelas pukul 8. Hati saya tension sangat sebenarnya sebab minggu nie, UMY dah stat final exam diorg. Dan dan la pulak ada wat kelas ganti Muhammadianism. Sapa tak tension kan. Orang dah plan baek punya nak g shopping ngan Mbak Isni(Mbak ni kerani dekat office law international program , sangat kamcing ngan kitorg), dah kena p kelas. Pukul 8 pulak tu.

Hehe.Tapi takpe, pas kelas tu, straight forward ktorg gerak ke butik batik dengan keta fakultas. Haha. Save duit teksi. Mbak Isni ikut skali. First skali, pegi butik batik kat Kaliurang. Kedai dia cantik dan unik sebab macam dalam rumah orang. Dan batik dia murah2 semuanya. Saya sempat grab baju batik untuk abah dan kain batik tuk umi jer. Huhu. Tuk diri sendiri tak sempat pun beli kat situ. Mungkin selasa pegi borong habiskan segala rupiah yang ada.


Then petang isnin tu, kami bergerak ke rumah sewa teman2 IIUM dekat UII di Taman Siswa. Sebab apa? Sebab kami dijemput teman2 sana untuk menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan dorg sendiri. Kitorg pun suma tolong la prepare masak2. Best lah rasanya. Makanan yang dimasak suma sedap2. Memang terasa malaysia betul. Maklumlah, memang tangan orang malaysia. Anak dara pulak tu. Sah2 la sedap kan. Ada nasi ayam bakar, mashed potato, spaghetti, sandwich telur and tu jer. Haha. Ada la beberapa keropok2 n jajan yang ada. Tapi yang penting, saya puas makan makanan malaysia kat sana.

Malam tu, suma balik dengan kepenatan yang amat sangat. Mana tak nye, dari pagi kul 8 dah kuar, malam baru balik. Mau tak mati. Masing2 dah bau macam ke hape tah. Haha. Anyway, alhamdulillah


p/s : mintak maaf abg mukhlis sekalian. kami cuma datang makan je.sesen pun kami tak bayar ;p

Jogja Episod 22 : Berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian...

18 Mei 2010.Universitas Muhammadiyah Jogjakarta 8.50pm waktu malaysia

Bismillah

Ahad lalu, sekali lagi saya merasai ;p salah satu kenangan terindah selama di Tanah Garuda ini. This is my first time, main rafting di jeram. Perasaan dia Ya Allah! Heaven sangat! Sehari sebelum pergi, masing2 merungut mahal lah bayar 105 000 rupiah. Tak cukup duit lah, pokai lah kan. Tapi suma dan2 kat sana tergedik2 dalam rakit sebab seronok. Termasuklah penulis blog ni skali. *motif sangat*… haha. Pagi kami bertolak pukul 8, ke tempat apa tah nama dia. Sejam perjalanan yang menyeksakan sebenarnya sebab coaster yang ktorang tu sangat panas. Ala2 dalam oven rasanya. Sesampai, kami disambut oleh orang2 yang pakai safety jaket n rakit2 yang banyak. FYI, rakit bukan rakit buluh ok. Tapi rakit belon. Bukan belon tapi macam belon la. Hum…satu rakit naik 7 orang termasuk sorg expert dari tempat tu. Kami berenam dari UMY ni, duduk bersusun n yang expert ni duduk belakang. First time saya cuba naik benda ni. Perasaan mula2 ‘kalu aku jatuh dalam jeram nie, mati lemas komfem la kan even aku ni tau berenang’. Tgok jeram dia ya ampun batu besar2 sangat. But then perasaan yang seronok dan suspen bila langgar batu besar dan masuk pusaran air. Huh. Best best dan best. Tak dapat nak gambarkan best camne. Hehe. Memang best lah.



p/s : its heaven kan? ;p