Sunday, May 2, 2010

Jogja Episod 14 : Pantai Kuwaru n Pantai Dipok




Perjalanan hari ni, sekali lagi memenatkan dan menyoronokkan. Yes it is. Kehilangan ‘barang’ semalam yes eventhough still menghantui, but then, I felt better than last night. Yeah. Terima kasih.

Pagi ni, kami gerak dari asrama pukul 8 pagi, mula2 bergerak ke Pantai Kuwaru. Yeah. Pengalaman baru sebab saya dah lama sgt tak pergi tgok laut. Sepanjang perjalanan, penuh diliputi sawah2 pagi yang hijau dan kuning. Kalah jelapang padi Kedah. Perjalanan jauh jugak dalam sejam.

First, kitorg sampai ke Pantai Kuwaru. Pantai dia lain sgt dari Malaysia. Pasir dia hitam dan sgt panas. Dan ombak dia sangat tinggi gila. Memang ramai orang giler kat sana. Penuh. Tapi takde sorang pun yang mandi. Keadaan pantai dia orang panggil ‘palung’ dimana di persisir pantai tu tak landai macam kat Malaysia tapi macam jurang sebenarnya. Dasar dia jatuh ke bawah. N sangat bahaya tuk mandi. Ombak dia sangat tinggi n angin sangat kuat giler punya kuat. Best la jugak. Bayu yang terlebih bersepoi. Haha. N dipantai tu, byk gambar disnap n cantik2. Hoho.

Kemudian, pergi pantai Dipok pulak. Keadaan yang sama seperti di pantai Kuwaru but kat sana lah kitorang makan tengahari. Cuma kat Dipok nie, tempat nelayan. Sinilah orang kampong beli ikan murah dan segar. Kat tepi laut jer prang beli ikan. Haha then jugak kitorg makan tengahari kat sana. Ikan bakar seharusnya lah kan. Fresh giler. Ditambah udang greng tepung dan sotong rebus yang agak pelik. But then berasap kitorg makan sebab sedap. Ala2 penuh tulang ikan atas meja sekor2. Haha. Macam baru kena serang dengan kucing camtu.

Lepas tgok pantai2 Jogjakarta, ktorg pergi pulak melawat makam raja2 Jogjakarta.Nak naik ke makam tu ya ampun tinggi bukit dia. Haha.

Sampai tu, tgok cantik binaan makam2 tu. Raja2 Jogja berasal dari dua kerajaan yang bercantum menjadi satu. Kerajaan2 tersebut adalah Solo dan Sukarta. Dan mereka bergabung jadi Mataram dan menjadi satu kerajaan Islam pertama di jawa. Sampai sekarang, adalah raja yang ke 10 yang sekarang dengarnya ada di Singapura sakit. Tah saya pun tak sure. Jadi kat makam tu ada 9 makan yang ala2 besar nak mampos. Ada dalam 9 bijik yang bertingkat. Malangnya ktorg tak dapat masuk sebab dah lewat sgt pukul 4. Dia Cuma bukak sampai kul 1. N kalu nak masuk makam raja2 tu, kena pakai pakaian jawa. N yang perempuan haruslah ala2 berkemban bila nak masuk lam tu. Tah, saya pun tak faham mana Islamnya. Lantaklah kan. Tapi ktorg cuma dapat tgok keliling luar jer. Ada lah makam2 kecik ahli kerabat dorg yang bersepah kat keliling makam besar tu. Hoho.

Dorg sangat memntingkan adat. Sampai sana suma kena ala2 senyap jer. Dapat la tgok 4 bijik tempayan besar yang katanya ada air mujarab dari kiyai2 dorg zaman dahulu. Kalu nak minum air tu kene bayar 2000. Boleh pilih dari tempayan mana. Yang perempuan pun ada, yang lelaki pun ada. Huhu. Ala2 khurafat la kan sapa yang minum air tu. Ala2 air zam zam pun ada ko tak nak minum, nak minum air tu pulak kan. Sakit sangat pemikiran.

Then lepas tu, nak turun tu, ala2 kena turun tangga tinngi cam batu caves. Haha. Tinggi gak turun. Huhu. Then balik, singgah jap kat pasar seni Jogjakarta. Tapi org dah tak berjualan. Cuma dpt tgok barang2 jualan jer. Penuh brg2 perak, batuan2, kayu, buluh, lukisan2 abstrak dan sebagainya.

Then balik lah ktorg dengan senang hati mungkin tapi penat giler sangat2. An again, Im burning. Haha. Psiko sangat bila bab2 keluar nie. Kompem hitam. Huh.

p/s : Journey never ends. N I love this live eventhough banyak dugaan dan cabaran yang harus aku lalui.
<3  


















































setelah tiba di Makam Diraja jogjakarta





































p/s : aku kuat kan








Jogja Episod 13 : Restoran Malaysia

Bismillah

1 may 2010, Universitas Muhammadiyah Jogjakarta, 8.45 malam waktu Malaysia. 

Semalam ktorg keluar dari asrama kira2 pukul 8 pagi dan bertolak ke pekan Jogjakarta untuk menikmati makanan Malaysia di sebuah restoran Malaysia di sini. Dr Zaid, lecturer dari UIA yang mengajar di UMY ni yang sebenarnya ajak ktorg ke sini. Sejak minggu lepas lagi dia dah beria2 ajak kitorang ke restoran nie. Yang bestnya dia yang belanja kitorang semua. Haha. Alangkah bahagianya hidup kitorg kat sini.

Sesampainya di sana, kami order segala macam benda. Roti canai, nasik lemak ayam rending, nasik beriani , the tarik, horliks n byk lagi. Tapi malangnya rasa makanan2 kat sini sangat la tak Malaysia sebenarnya. Even nasik beriani dia rasa macam nasik goring kicap jer. Tapi walauapa pun, sebab Dr Zaid yang belanja, ktorg bedal je lah. Tapi tu lah, still tak dapat rasa makanan Malaysia seperti yang betul2 di Malaysia. Even baru seminggu lebih jerk at sini, peresaan rindu kan tanah air sendiri sangat membuak2.

Tapi kalu difikirkan balik, macam manalah budak2 malaysia yang belajar kat Jepun, New Zealand, UK, sah sah la lagi susah nak dapat makanan Malaysia. Yes its true that its just food, but then sebenarnya bukan makanan itu yang jadi perkara penting, tapinya perasaan rindukan tanah air itu yang wujud sebenarnya. Rindukan masakan umi, bukan kepalang lagi sebenarnya. Haha.

Tapi saya harus bersyukur yang peluang berada ni tanah orang nie, buat kita belajar dan buat kita rasa lebih sayang pada keluarga kita, ibu bapa kita, dan negara kita sendiri. Kan2

Sekarang barulah faham perasaan pelajar Malaysia yang belajar kat luar Negara yang lagi jauh dari Jogjakarta nie. Saya nie kira harus bersyukur jugak la kan sebab Jogja nie bukanlah jauh dari Malaysia.
Setelah makan, kitorg pun sangat buntu tak taw nak watpe. Nak balik rasa sangat rugi pulak sebab kalu balik takde bende nak buat. Jadinya kitorg bercadang ke Milioboro sekali lagi dan menjadi gila seharusnya sambil menahan nafsu melihat barang2 jualan disana. Saya pun sekali lagi tak beli pape, Cuma beli beberapa barang persendirian dan keychain2 sikit2. Nak shopping lagi sekali mgu depan pulak. Tu baru betul2 shopping gila punya.

Then malam kitorg singgah kejap dekat rumah teman2 malaysia yang dekat UII yang lagi satu. Ingatnya malam nanti nak tgok malam anugerah nerprestasi dekat Fakultas Hukum UII. Ada pertunjukan fesyen busana muslim, band n acara bagi hadiah. Huhu. Penat sebenarnya.

Then dalam pukul 10 malam baru balik dari sana

p/s : Sekali lagi, Allah menguji aku dengan ujian yang aku rasa aku tak mampu untuk tanggung sorang2 kat sini. Tapi nak wat camne ‘benda’ dah nak jagi, ‘benda’dah nak hilang. Aku pun tak dapat nak wat pape. Allah nak uji aku sebenarnya. Once again, I really became a kid. Childish sgt. Thanks ea. aku rasa lebih baik sekarang eventhough ‘barang’ yang hilang tu belum ketemu lagi. Of course Ya Allah aku mahu barang itu ketemu semula.

Ada hikmah kan tiap benda yang terjadi. *sigh*