Thursday, March 25, 2010

Diari exam 2 : 4 to go

Tiada apa yang lebih menyenangkan dan melegakan selepas habis menjarah soalan family law. Dua minggu mengadap subjek family membuatkan peperiksaan sem ni lebih memenatkan. Tak payah. Tak susah. Tapi menyakitkan hati dan fizikal. Sebelum-sebelum ni, pembahagian masa studi untuk final exam lebih balance tapi kali ni, paper family difokus bagai nak gila. Alhamdulillah, kertas family tadi tak berapa susah sebab soalan dia lebih kurang sama dengan soalan-soalan sem lepas yang dah pernah dijawab. Im not putting high expectation, but I really hope the result will be glorious. Insyaallah.

Sekarang, ada empat lagi kertas exam yang perlu dihadapi.

Moga allah kekalkan kerajinan dan ketabahan dalam hati ini…