Tuesday, March 28, 2017

Azerbaijan - The Live Fashion Runway*

The landmark of Baku : Flame Towers.
Azerbaijan dikenali sebagai land of fire, bangunan ini pun bermotifkan api.
Awal 2017, saya diberi rezeki melancong solo ke salah satu negara di persisiran Caucasus, Azerbaijan. Kali ni, saya berkongsi pengalaman saya, itinerary, transportation dan pelbagai tips untuk melancong ke negara yang sangat jarang dikunjungi oleh orang Malaysia. Sejarah ringkas, Azerbaijan adalah bekas negara dibawah jajahan Soviet Union, dan mereka telah merdeka sepenuhnya pada tahun 1991. Dari segi landskap, memang boleh dilihat pengaruh Soviet yang masih kuat. Walaupun bahasa utama adalah Azeri, bahasa kedua Rusia dan banyak rakyatnya boleh berbahasa Rusia. English? Agak susah nk jumpa org yg boleh ckp English.

Bahagian pertama ini saya akan cover :-

1. Sejarah dan pengenalan;
2. VISA & tiket penerbangan yang saya ambil;
3. Internet data;
4. Airport Transfer;
5. Penginapan;
6. Makanan;
Dan lain-lain.

Matawang Azerbaijan adalah Manat (= Ringgit) dan Qapik (=sen)

Masa saya pergi 1 Manat = RM2.50




Matawang Manat. Juga boleh ditulis sebagai AZN5 dan AZN50.

The Live Fashion Runway


Orang kat sini masya allah elok-elok. Dengan fashion nya yang mantap dan lain dari yang lain. Nak kata Kpop pun bukan. Kpop tu over dan poyo. Like literally everyone on the street pakai winter coat yang sangat cantik dan smart. Dan yang lelaki tu macam pegi kedai gunting rambut hari-hari. Di sini mmg nampak style soviet punya orang. Russian style. Dan saya difahamkan semua lelaki kat sini wajib pergi national service at certain age of their youth. N thats why mereka terbiasa dengan kekemasan dan sentiasa grooming. Even saya pergi Azerbaijan University of Languages, takde sape yang tak cantik dan takde sapa yang tak pakai makeup dan berdandan. Semua nampak macam kaya. - at least to my standard as Malaysian. lols. Thats why saya cakap Azerbaijan is the Live Fashion Runway during winter. Dan kalau yg bertudung tu pulak, kalah hijabista Malaysia.



Sekitar Baku boulevard. Kebanggaan setiap rakyat Azerbaijan

Negara Sekular


Azerbaijan adalah sebuah negara Islam, yang mana 97% rakyatnya adalah beragama Islam (Syiah 85% dan Sunni 15%). Tapi, sebagai seorang Islam dari Malaysia, anda akan berasa sedih apabila melihat Islam di sini. Walaupun 97% populasinya adalah muslim, anda takkan nampak keislaman langsung. Islam mereka telah tersimpang jauh sejauhnya. (ini kalau anda betul-betul bergaul dengan warga tempatan. kalau setakat melancong tengok sana tgok sini tanpa tinggal bersama-sama orang tempatan, anda mungkin tak nampak semua ni)

Mereka ini bangga dengan darah mereka sebagai Islam, tapi majoriti penduduknya tak tahu pun Islam itu bagaimana sebenarnya. Jangankan sembahyang, puasa, malah ada yang makan babi. Alkohol tu ko jgn cakap, mereka tak tau pun apa hukumnya minum arak. The saddest thing is that they didn't even know that they are wrong. Dan pabila mati, tiada kafan, sembayang mayat bagai. Bila mati mereka akan dipakaikan suit hitam dan ditanam. Tuan rumah akan pasang khemah selama 7 hari bagi menerima tetamu dan memberi tetamu makan. Saya merasa pengalaman ini semasa di Goygol- saya akan ceritakan trip ke Goygol di post lain..

Tapi dalam banyak-banyak tu, ade jugak yang pakai tudung. Maybe dalam sehari tu, saya nampak sorang dua je hijabista. HIJABISTA ye. Bukan fesyen biasa biasa. Dan rakyat mereka menganggap para hijabista ni adalah orang yang alim ulama. Kalau kat Malaysia ni?

Bagi separuh rakyat  mereka "religion is not an important part of their life". Perlembagaan mereka telah menyatakan bahawa Azerbaijan adalah negara sekular dan dengan jelas menyatakan "separation of religion and state and the equality of all religion before the law and secular character of the educational system" Kerajaan mereka berpendapat bahawa kerajaan tidak berhak untuk memaksa rakyat untuk menganuti apa jua agama. Apatah lagi untuk menggalakkan orang patuh kepada agama.

Dalam hati saya, saya bersyukur dilahirkan di Malaysia. Walaupun saya tak alim mana, sekurang-kurangnya rukun islam tak tinggal. 

Perjalanan dari Kuala Lumpur (KUL)

Tiada penerbangan direct dari KUL ke Baku (GYD) (Ibu negara Azerbaijan). Pilihan yang ada biasanya adalah menggunakan full service airline mcm Etihad, atau Emirates atau KLM yang mana anda kene transit di Qatar atau Dubai berbelas jam, dan barulah ke Baku. Perjalanan almost 20++  jam. Walaubagaimanapun, bermula 2016, Air Asia telah membuka laluan KUL- Tehran dengan perjalanan selama 8 jam. Dan terdapat pilihan dari Tehran ke Baku yang hanya mengambil masa 55 minit dengan Azerbaijan Airlines (Azal) . Bermula dari promo Air Asia, sy dah berangan2 yang impian saya sejak 2011 utk ke Azerbaijan akan menjadi kenyataan.

So kos tiket kapal terbang:-

KUL - Tehran - KUL RM1300 (7pm Malaysia-11pm Tehran) tunggu dalam 3 jam then

Tehran -Baku - Tehran RM500 (2.30am - 3.30am)


Total perjalanan saya dari KUL ke Baku + Transit di Tehran cuma dlm 11 jam.

Dan kalau Air Asia dan Azal masih mengekalkan waktu perjalanan yg sama, anda mmg boleh ikut route saya. Tiket AA tu boleh dpt lg murah semurah RM400++ return. Tapi sbb sy beli time bukan sale. Tambang bagi Azal pula, tidak berubah. Sbg backpacker, kene bijak dalam membuat perancangan. Not all people can figure out this way of travel so some people end up saying "mahal la melancong ni". Travelling is not expensive, jika kena caranya.

Bagi route AA  KUL-Tehran, semua penumpang akan diberi makanan percuma okay. Route ni special sikit. So tak payah pre-booked in flight meal. Tapi sekiranya anda dah pre-book in flight meal, anda takkan dapat nasik kebab sebelah tu. Anda hanya akan dapat apa yg anda order, dan chiken pizza. Plus air mineral. Tapi be reminded, nasik dia tak sedap langsung. Rasa macam makan nasik baru lepas kene jemur matahari. I can't even eat them. Hahah. Lagi teruk dari Nasik lemak telanjang MAS. lols
Perjalanan sejam di dalam Azal , kami diberi sandwich + kopi atau teh. I cant even sleep sebab kerusi dia sempit macam FireFly.

VISA

Bagi rakyat Malaysia dan rakyat mana sekalipun, boleh dptkan Visa on Arrival (VOA) dengan harga cuma 20$. VOA ini terpakai kepada kesemua negara kecuali Jepun. Hanya Jepun yg free visa. Boleh tgok list bawah ni dengan harga berbeza bagi setiap negara.

As of January 2017

Jangan terpengaruh dengan website yg meminta anda utk mohon visa secara online melalui tour agency sebab mereka akan charge sehingga 100$ dan menyatakan bhw semua pelancong perlu ambil Visa in advance dan kena booking hotel melalui mereka sahaja. Sebenarnya TIDAK PERLU. Saya buat VOA di airport Baku tak sampai 5 minit. Of course sila sediakan booking hotel dan sebagainya, dan gambar passport berlatar belakang putih. Tapi pada waktu saya, saya sampai dlm jam 4 pagi, pegawai kastam tu malas tny byk, dia x minta apa2 dokumen selain passport. 5 minit je siap.

VISA melalui pintu masuk selain airport, I had no idea. Anda boleh ke embassy untuk penjelasan lanjut, sebab itulah yang saya buat sebelum mengetahui bahawa Azerbaijan boleh VOA dan tak perlu melalui agen.

Isi borang untuk VOA. Masa ni dah jam 4 am , dengan tak tidur sejak semalam, tambah lapar. 

Airport (Hava Limani) Transfer dan Pengangkutan Awam

Sedikit info berkenaan customer service di airport. Kalau anda nk tny info pasal teksi ke apa jangan harap org kaunter akan bantu. Sebab di sini xde official taxi mcm airport kita dimana kita bayar kat kaunter dan amik teksi yg telah di arrange oleh syarikat teksi. Sini semua teksi private yg kosnya mahal. Kalau anda ambil teksi kat luar, kos utk ke pusat bandar boleh jadi 10$-30$ dimana kalau anda ambil UBER, kosnya cuma 5-10$.

Option lain adalah Bus Transfer yang kosnya cuma 1.30 Manat. As a budget traveller, this was my option obviously.  Bas ni ada betul2 depan pintu arrival dan anda hanya cuma perlu beli kad mcm kad touch n go di sebelah kira pintu luar arrival. Ade mesin Baki Kart, di mana anda kene beli kad bernilai 2 Manat, dan kene topup lagi. Senang sangat. Bende ni kalau korg tny kaunter informasi , dorg sgt la xkan bagitahu. I figured out myself n it turned out super simple. So, dah dptkan Baki Kart anda, terus ke bas warna kelabu. Dia jalan every 30minit. 

Cari bas ni betul-betul depan Arrival hall. Hava Limani Express (Airport Express). Most of the time bas ni tak penuh. So kalau beg byk pun no worries.

Bas ni akan berhenti di dua stop, dimana yang terakhir will be stesen metro 28 May, (its a city center) Dari sini, dah mudah dah anda nak ke hotel ke apa ke. Boleh naik metro, atau bas, atau teksi.




Ini adalah vending machine Baki KART. Mesin ni ada di merata-rata pelusuk Baku. xkan tak jumpe. Kad ni boleh guna di mana-mana seluruh Baku baik bas, metro,  even utk berbelanja di pasar raya terpilih. Cari mesin ni kat tepi Arrival Hall GYD, anda beli dan kemudian boleh topup. 
Kos pengangkutan Bas Awam dan Metro hanyalah 0.20 Manat walau kemana saja anda nak pergi. Baik 10 stops, atau 100 stops anda hanya akan di charge 0.20. Murah kan. I wonder why the government did this, but to my surprise, there are countries yang better in some aspects compare to Malaysia.

Bas Airport ini akan berhenti di 28 May Mall & Metro Station (Jangan konpius, 28 May adalah hari kemerdekaan Azerbaijan , so mmg nama Station Metro dia 28 May &  di sini ada juga 28 May Mall)

Penginapan saya

Saya menginap di Baygan Hostel yang terletak di Nizami Station, cuma beberapa station dari 28 May. Harganya murah dan selesa - boleh pakai dapur dan sebagainya , tetapi saya TAK RECOMMEND. Agak jauh dari Nizami Station dan anda boleh sesat. Local pun tak tahu hostel ini dimana.  Saya dah download maps.me dan mmg maps.me membawa saya ke hostel tersebut, tapi disebabkan tak ade signboard sebab kerajaan mereka tak bagi mana-mana perniagaan yang kurang dari setahun utk advertise perniagaan mereka. Saya sesat dan almost rasa cam nak mati. Bayangkan hari pertama tiba di negara org, tanpa ade yg boleh ckp english, takde internet/ simkad nak minta bantuan, dengan suhu 0 darjah, angin kuat, u can imagine orang melayu mcm sy ni sesat at god-know where. Itulah masa saya rasa menyesal travel sorg-sorg and I almost gave up. Ada dua org lelaki Azeri ni dlm kereta they were watching me and dtg dekat saya dan offer bantuan. Siap suruh masuk dlm kereta mereka lagi. If you can imagine, mereka ni nampak macam mafia2 Rusia yg kita biasa tgok dalam tv and it was really scary. At first I refused, but later sy bagi no tel hostel dan minta dia call. I manage to speak with the hostel owner & by trusting my gut, I just entered their car. Dengan perasaan "fuck it". Communication was super super super hard. Dan bila fikir balik, "why did I do this?, traveling alone, in a place god know where with no people speak my language"

Tapi dari situlah, kita belajar jadi berani dan percaya dengan gerak hati dan percaya dengan diri sendiri. In which selama saya di Malaysia ni, tak pernah pun seberani mcm ni dlm membuat keputusan.

So hotel / hostel yang saya recommend adelah yang dekat dengan 28 May metro station, Guest House Inn & Hostel. Ianya hotel 3 bintang yang pada saya cukup selesa. utk bilik queen bed saya dapat RM88 semalam. dan kalau hostel, boleh dapat dalam RM20 semalam. Mixed dorm. Saya duduk queen room dua malam terakhir sebab biasanya, lepas duduk hostel di awalnya, saya dah penat utk tido ramai-ramai campur pelbagai jantina. Nak kemas barang pun susah. So kebiasaan saya, hari awal2 duduk hostel, jumpa kawan baru, then dah nak last2 day tu baru duduk hotel sendirian. Sini la baru nak rasa kesunyian dan muhasabah diri. Gituh.

Tips berguna, sebelum anda dtg sini, sila download offline maps.me yang akan guide korang at least on first day of arrival. Sebab sekiranya anda ambil route seperti saya dan sampai jam 4am di GYD, takde kedai sim kad yang bukak yang membolehkan anda beli internet data. So at least for first day pakai offline map ni dulu
Owner hostel ni adalah Arzu yang berbaju kelabu. Another one tu guest lain.

Dengan seorang lagi guest, Syah dari Uzbekistan.
Hari pertama saya tiba, Arzu bawa jalan-jalan tukar duit dekat bank, beli sim kad. Bersama kitorg, Kumar Kuldeep dari india-juga guest hostel

The perks of living in a hostel ni, kita boleh kenal ramai kawan baru dan its a good feeling when u can actually tell everything to these stranger because they are in no position to judge you. masalah sepanjang travel etc. They dont know your history they dont know your background, so bila saya travel, saya tersangat open dan mudah untuk bincang apa saja benda dari segi masalah keluarga dan sebagainya. You will always get a positive support dari mereka in whatever masalah yang anda cerita. Because eventually, everyone will depart their own different ways, dan segala rahsia tersebut akan tersemat dihati masing-masing dan terpadam begitu saja.  Rahsia  besar dalam hidup saya? Hanya mereka-mereka ni yang tahu. That is how you build & gain trust in traveling alone.

Sim kad dan internet data

This is the most challenging part. Kalau anda foreigner yang tak boleh berbahasa Azeri atau Rusia, jangan harap anda mudah nak dapat sim kad di bandar. Saya bernasib baik sebab host hostel yang saya duduk bawak kitorg jalan2 dan belikan simkad Azer Cell. itu pun lepas pegi sepuluh kedai baru ade kedai yg sudi ambil. sebabnye, dorg leceh nak registerkan passport bagai & if you alone. they wouldnt understand to help you. so please find local that can help you do so.

Maybe for some people, mereka tak nak beli internet data sebab mcm rugi kan. Tapi bagi saya, sebab saya travel sorg, simkad ini sgt penting. In case of emergency, sesat dan sebagainya. Especially dalam negara yg tak tahu ckp english ni. Dan juga untuk saya update keluarga lokasi terakhir saya. Mana tau mati kene bunuh, atau kene culik, at least family kita boleh inform embassy yang kita terakhir berada di sekian sekian lokasi. dan juga sim kad memudah kan saya untuk navigate perjalanan.

Simkad AzerCell berharga 5 Manat, dan saya topup lagi 5 Manat utk internet 1gb. Yang ni host saya yang buatkan.

Macam saya cakap kat atas, kalau anda ikut route saya, dan sampai di airport jam 4am, there is high chance yang kedai simkad tak bukak lagi. So nak tak nak kene beli kat bandar jugak.

Couchsurfing (CS) di Azerbaijan.

Susah jugak nak jumpa host yang sudi nak tumpangkan kita duduk di rumah mereka sebab kekangan bahasa. Adapun yang boleh cakap english, mereka belum sudi nak bawak orang balik ke rumah mereka. At least pengalaman saya, saya jumpa 3 org CS member yang cuma sudi bawa saya jalan-jalan sekitar Baku dan tidak offer rumah mereka.

Walaubagaimanapun saya berpengalaman tinggal dengan member CS di sana, tapi bukan di Baku, sebaliknya di Ganja, 6 jam perjalanan menaiki bas dari Baku. Ini pengalaman terbaik saya selama travel. Saya tak kenal dia langsung dan dia guide saya utk menaiki kereta api dari Baku ke Bandar Goygol, yang terletak di  Ganja Region, dan saya literally trusted my life in his hand. Sebab ape? sebab saya sendiri tak tahu sama da dia akan tunggu saya di stensen Ganja ataupun tidak. Buatnya dia tak tunggu, memang terlopong la kat tengah2 negara soviet yang takde orang yang boleh tlg foreigner melayu mcm saya ni. Dan yang lebih mengejutkan, most of people yang saya jumpa, tak tahu wujudnya Malaysia. Apatah lagi lokasi Malaysia kat mana. Some of them ingat saya dari Japan, Korea, China ataupun Thailand, but not Malaysia.

Nasihat saya, sekiranya anda travel solo di mana-mana silalah gunakan couchsurfing- at least to survive with some locals who can speak local language and help you for your first few days in exploring the city. nanti saya akn ceritakan pengalaman termantap CS saya di Azerbaijan.

Makanan halal?*

Walaupun negara ini negara Islam, anda jangan anggap ianya macam di Malaysia ok. Kalau dipasar raya, babi, bacon dijual bercampur-campur dengan yang halal. Orang kita ni sangat skeptikal, di mana kalau negara bukan islam- anggapannya tak halal, dan kalau negara islam, makannnya mesti halal. That thinking tak terpakai di negara sekular Islam mcm ni ok.

Dan bila bercakap pasal halal ni, bukan dari segi babi sahaja, tapi dari segi penyediaan makanan seperti ayam semua tu saya sendiri tak yakin bahawa ianya disembelih melalui cara islam. So, on this part, saya tak ada panduan yang boleh membantu, maybe jalan terbaik adalah dengan bersangka baik, dan telan je lah. Sekiranya anda mmg org yang self conscious dan betul-betul menjaga makan, boleh la makan kat KFC ke atau restoran makanan lubnan yang ada di food court sebab itu mmg definitely bukan local yang jual tapi foreigner mcm pak arab. KFC sane ade halal, tapi tak tulis pun badan mana yang certify halal tu. Ataupun bawa makanan sendiri mcm anda melancong ke Mexico.

KFC Halal

Dinner saya di food court Park Bulvar Mall. Yang ni kedai makanan middle east yang high end sikit jadi lebih yakin makan sini. Harga tak mahal mana just macam makan di food court kita. Kat sini payah ye nak jumpa nasik kalau pergi local food stall . Kecuali kalau pergi restoran arab camni. Banyk dekat food court mall. Orang Azeri tak makan nasik hari-hari, instead dorg makan roti & pasta. 

Pengembaraan saya selama di sana? akan saya kongsikan di post seterusnya dengan lebih details.

*Pandangan dalam blog ini adalah pandangan peribadi berdasarkan pengembaraan selama tak sampai sebulan dan mungkin tidak menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku sebenarnya di waktu yang lain oleh pengembara yang lain ataupun orang tempatan sendiri.

Sunday, May 29, 2016

If you are going to Tokyo, why not take a short trip to the wonderful Hakone?



Morning Glory from Japan!
Saya mulakan entry terbaru ni berkenaan dengan nape sy dtg japan lagi skali less than a year selepas sy dtg pada August 2015  for 2 weeks work trip.

This time, bukan backpacking style- secara gamble. Sebab kali  ni saya jadi tour guide utk Umi and her 2 friends, dan adik. Kononnya ni trip jejak kasih. sebab nak bawa my mom jumpa kawan lama mereka yang dah 30 tahun tinggal di luar negara. My last trip to Japan was August 2015, link ----> di sini. Saya sempat singgah ke rumah auntie Halijah, school mate my mom dekat Koiwa. since Ade kawan yang tinggal di Japan, my mom and her friends tak nak lepaskan peluang ke sini. kalu xde auntie Halijah, xde reason utk dorg dtg katenye . In fact, auntie Halijah beriya2 minta sy bawa umi dtg Japan sementara dia masih tinggal di Tokyo. Sebab nye, auntie and her family akan balik ke Malaysia for good this coming June. To my surprise, tiket masa ni sangat murah. Kami dapat Japan Airlines hanya RM1400 sorang return. Harga normal adalah RM3500++

Mak ngah Azizun, Umi Saya & Mak Ndak Halimatun. Belakang tu classmate mereka juga yg kerja di KLIA. Masa ni tengah tunggu flight ke Tokyo. Mereka orang paling excited dalam trip kali ni. lols
Tinggal di rumah auntie Halijah, sekurang kurangnya, accommodation expenses boleh save. Sebab hotel/hostel di Tokyo sangat la mahal. Even AirBnB. So, trip kali ni, saya plan utk jalan keluar sikit Dari Tokyo. Sebab last time, sy cuma ada 2 hari utk explore Tokyo. Setakat Shibuya, Ueno, Asakusa je sempat.nak explore.

This time, pergi Hakone, which is dekat Kanagawa Prefature. So this post somehow nak bg idea kpd all readers, yang nak kan ketenangan Dari kesibukan kota Tokyo, boleh la dtg ke Hakone. The trip is less than 2 hours Dari Tokyo. this short trip bole complement to those yg xde idea nak jalan selain Tokyo. atau Mt Fuji. Info terbaik berkenaan Hakone dapatkan disini

Trip ke Hakone bole dimulakan bermula Dari Shinjuku Station. Ade juga lokasi lain but as for my experience, saya bermyla Dari Shinjuku Sahaja. Cuaca di Hakone is more or less mmc Cameron highland but super duper awesome dari Cameron Highland yg sedih. Hakone adalah kawasan popular utk Onsen / Japanese traditional hot spring yg Sgt best. Cuaca sejuk2 berendam air panas geli-geli mmg sedap tidur mlm especially dalam kapsul yang sangat selesa.

Ade dua pilihan yang boleh dipilih oleh pelancong yang ditawarkan oleh mereka.

Boleh ambil Hakone FREE PASS yang cover semua transportation sepanjang di Hakone termasuk return keretapi dari Tokyo ke Hakone. Terdapat dua pilihan jenis  free pass. 2 days atau 3 days. Pilihan kenderaan juga ada dua. Melalui Rapid Train biasa yang kene transfer di Odarawa Station ataupun ambil Romance Car (direct dari Shinjuku terus ke Hakone Yamato Station xpayah transfer kat Odawara Station).

Klik di sini untuk info mengenai Hakone FreePass yang sebenarnya bukanlah Free.  Tapi lebih untung ambil Hakone Pass daripada Fare Biasa

Perbezaan antara Regular Fare & Hakone Free Pass. Ni adalah harga Rapid Pass. Bukan Romance Car. Utk harga Romance Car, boleh rujuk link di bawah.

1. Rapid Train Biasa     http://www.odakyu.jp/english/deels/freepass/hakone/ -  Ambil Hakone Free Pass (sama ada 2 atau 3 hari). Free pass ni akan cover return trip shinjuku-hakone-shinjuku dan juga segala Jenis transportation semasa kat Hakone ( Jaringan Bas, Tren, Kereta Label, Ropeway, Cruise).  Ianya free seat mdm normal subway/LRT in which Ade high possibility kene berdiri sepanjang 1 jam setengah. so xsesuai la pade yg bawa org tua. kesian mak sy n kawan dia. Since I didn't know this,sangat menyesal x amik Romance Car yg mcm ETS yg Ade reserve sit

2. Odakyu Romance Car pun ada Hakone Free Pass cuma harganya jauh lebih mahal dari Rapid Train Biasa. Link di sini - xde la laju mana sama je dgn rapid biasa. cumanya Ade kerusi je lah dan xperlu berdiri n berebut kerusi mcm org lain. kalu bawa org tua mak-mak better amik yg ni. Kalu Rapid biasa ni, sebijik macam LRT / Komuter kat KL. So berebut la kerusi. Really not proper utk makcik-makcik.

Di hadapan Hakone Romancecar di Hakone Yamato Station.

Dalam Odakyu Romance Car

Penginapan saya di Hakone, saya pilih K's Onsen House. Located dlm 1.1 km dari Hakone Yamato station. Sekiranya anda ambil Hakone Free Pass, bole guna khidmat Bas secara percuma utk pergi ke mana mana lokasi hotel anda.  Link route bas dan attraction di Hakone ada di sini .Boleh dapatkan info pasal bas dari Information counter masa beli Free Pass. nak naik bas no berape dan tunggu di bus stand mana dan turun di mana.

My case, saya amik bas 'K' dan tunggu di bus stop No. 4 di Hakone Yumoto station tu dan berhenti Daino Chaya stop. Bas akan sampai on time based on schedule given to you masa beli ticket Hakone free pass.

Masing-masing dah kesejukan sementara tunggu bas. Bas terakhir untuk ke Guest House kami adalah kul 8.10 pm.
Di Japan ni, as long as anda follow all the schedule given anda akan dpt plan itinerary anda dgn cemerlang.

Sedikit review pasal K's Onsen Guest House. Is really recommended pada backpacker. Ianya style hostel dan kapsul, tapi ada satu atau dua bilik yang bole accommodate family. Guest House ni telah di recommend oleh Puan HanaGoh. tak tau dah link profile dia pi mana. Thanks Puan.

link Guest House - http://kshouse.jp/hakone-e/index.html.

Common Area tempat lepak anak muda
Kaunter Utama
Sedikit trivia pasal hotel2 di Japan. Dekat Japan ni, jgn la mimpi nak cari hotel murah bajet yang harge rm60 semalam. Mmg takde. Sumpah takde. Ni bukan Kota Marudu atau Surabaya. Ini Jepun, negara maju. Dekat sini, harga hotel ikut kepala. bukan ikut bilik. kalu la kate satu bilik tu harga dia rm100 Ade dua katil, kalu sorg masuk kene rm100, dua org masuk pun akan kene sorg rm100 or less mcm RM90 x 2. sy tak tau nape bilik dia  mahal. . That is consider as cheap. Dorm mix  kongsi bilik air n jamban di luar. that is just normal. Untuk makcik makcik, saya booking bilik hotel yang ade toilet & bilik air siap kat dalam. Yang tu harganya 5000yen sorang. So kali lah 4 orang. Termasuk budak. Pilihan bilik di sini.

Saya yg duduk kapsul pun, dekat ¥4000 semalam. which is equivalent to RM150
Walaupun kapsul kecil, tilam dia empuk dan mantap. Especially selepas berendam dalam Onsen selama Sejam dalam cuaca yang 10 darjah celcius. voila! sampai solat suboh pon kol 6am!

Onsen Experience. Sapa tak tau Onsen tu apa. Sila lah google

Onsen Rules lols. kalau rasa nak feeling2 atau krik-krik boleh la try Onsen haha


Washing Area sebelum menggunakan Onsen
Dapur
Pastu yg bestnya, Ade dapur. situ boleh masak2. dan rupannya ramai gila yg akan masak dlm tu. termasuk la kami semua. New experience.
Aktiviti memasak nasik di pagi hari

Ruang Makan. Time-time sejuk kat celah kampung Jepun ni,makan  nasik panas dengan sambal ikan bilis+serunding sangat menjadi. 
Hari kami di Hakone dimulakan dengan menaiki Cruise. Kami naik bas tunggu dekat dengan hotel. Hakone Tozan Line bus. kalu dah beli free pass, bole naik free. Di Hakone, is up to you all nak pegi mana dulu. Cuma yg penting timing kene jaga. Buku jadual bas, ketapi, cruise, cable car semua dia dah bagi.

Cruise yang mantap
Boleh nampak Mount Fuji dari sini. Di Hakone, cuaca sejuk dengan angin kuat yang sangat mendamaikan.

Makcik kayo
Di dalam Cruise
Interior dalam Cruise


Kami mula dengan naik bas ke jeti until naik cruise. Dari jeti tu, terus akan menghala ke jeti satu lagi, i.e. Togendai utk naik ropeway yg ni seakan2 Langkawi cable car. sy jadi excited sebab cable car dia xde la mcm langkawi, instead lebih besar bole muat dlm 10-15 org. n sikit pun xgegar  mcm langkawi. lols.
Hakone Ropeway Togendai-ko Station


Dalam Ropeway
Lebih mantap dari cable car langkawi yang sedeh. 20 org buleh muat dlm ni.
Togendai Station sambil tunggu turn

Sampai atas tu, kita follow next trip utk ke Hakone Train utk sampai ke Gora Station. situ Ade la kedai2 jual souvenir yg comel2. kalu Ade yang nak pergi Gotemba Premium Outlet, boleh naik kat sini.

Saya berniat nak pergi Gotemba Premium Outlet haritu tapi end up sesat sebab salah baca jadual. Turned out, kita balik semula ke Gora. haih. Dekat Gora juga adalah pit stop utk ke pelbagai attraction. Mcm glass muzium, little prince, n pelbagai lagi. Guide untuk semua attraction ni boleh dapat di sini. Ada yang dikenakan bayaran dikenakan tapi kalau ada Hakone Free Pass dapat diskaun dan ada juga yang free.Tapi makcik-makcik xnak pergi sbb dorg dah penat. So terus la dari Gora, terus naik kereta api balik ke Hakone Yumoto.
Cable Car Hakone dekat Gora Station
Dekat Gora station ade tempat jual souvenir.
Sementara menunggu cable car utk ke destinasi seterusnya.

Gora Station
Di hadapan Hakone-Yumoto station
Sungai yang sangat bersih di hadapan Hakone Yumoto Station. lols
Shoping di kawasan Hakone Yumoto Station. Banyak kedai-keda
Summary trip saya  ke Hakone adalah seperti Berikut :-


  • Dari Shinjuku ke Hakone Yumoto Station (2 Pilihan iaitu naik Normal Rapid (kene transfer di Odawara Station) atau Odakyu Romance Car - yang direct);
  • Sampai Hakone Yumoto Station, tunggu di Bus Stand No 4 dan naik Tozan Bus "K" ke K's Onsen Guest House- berhenti di Daino-Chaiya Station;
  • Esok pagi, dari Guest House, naik bas yang sama menghala ke Motohakone-Ko Pier untuk naik Cruise. Cruise dinaiki sampai Togendai Ko-Pier;
  • Dari Togendai naik Ropeway sampai Souzan Station;
  • Lepas tu naik Hakone Tozan Train dan sampai di Gora Station- Sini boleg shopping sikit. Kalau nak pergi Gotemba Premium Outlet, naik Bas dari sini. Route boleh cari dari Hakone Tozan Bus Website di atas;
  • Dari Gora station, naik Cable Car untuk mengalami kecantikan Hutan di Hakone dan pulang ke Hakone Yumoto Station.
*kene pandai baca guide dan segala jadual yang diberikan.

Guide trasportation selama di Hakone

At this very moment, saya dah malas nak menulis sebab esok keje dan hari pun dah lewat malam. hahaha. Sikit lagi.

Untuk pengetahuan, dekat Jepun ni, segala informasi pelancongan, adalah sangat lengkap dan details. Siap dengan info jadual bas, jadual kereta api dan sebagainya. Sbb mereka ni mementingkan masa dan suka membaca. Sepanjang saya mengembara ke sana-sini (beza ye mengembara dan melancong itu) banyak benda yang saya belajar mengenai kehidupan masyakarat dunia yang lain. Dalam masa yang sama, kita mengambil pengajaran mengenai kenapa sesebuah negara itu macam tu atau kenapa mereka macam ni. Jepun adalah salah satu negara maju yang tergolong dalam G7 ataupun Group of Seven sebaris dengan USA, Germany, dan lain-lain. Negaranya bersih, rakyatnya berdisiplin, mereka menjaga masa. Jika anda tny saya, "banyak nye duit berjalan?", Actually the asnwer is no. Saya tak banyak duit. Tapi saya meyimpan duit semata-mata untuk berjalan dan melihat dunia.  Duit boleh cari, tapi pengalaman melihat dunia tak hari-hari kita dapat.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat.  Ramai Pre-Loved item lover kan?? Ade tempat shopping bundle Japan terbaik. Saya akan sambung next entri menarik minggu hadapan.

Bersama keluarga Auntie Halijah di Tokyo.
Bye. :)

29-5-2016 10.30 p.m.